Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan ister-isteri baginda:
- Tidur dalam selimut bersama isteri ... Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" jawab Aisyah, "Kerana saya haid, wahai Rasulullah." Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lau berselimut bersama beliau." (Hadis Riwayat Said bin Mansur)
- Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
- Mandi bersama-sama isteri, Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa mandi bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)." (Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
- Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w. ketika itu saya sedang haid." (Hadis Riwayat Ahmad)
- Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada Hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan Jamrah Aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)

No comments:
Post a Comment